Tuesday, February 22, 2011

viRus HiV

Virus HIV adalah dari kumpulan ‘retrovirus' yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakitnya. Ia mula dikenal pasti pada tahun1984 selepas meletusnya wabak AIDS. Virus ini mempunyai masa pengeraman yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum menunjukkan tanda dan gejala penyakit. Virus HIV yang menyebabkan AIDS menular melalui hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti, perkongsian jarum suntikan dikalangan penagih dadah dan dari ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandungnya. Virus ini melalui pelbagai peringkat dalam proses menularkan jangkitan HIV.

Sehingga kini, asal usul HIV masih kabur.Ketiadaan vaksin penawar serta rawatan yang dapat
m engubati penyakit ini menyebabkan AIDS suatu penyakit yang sangat bahaya dan perlu dihindari. Setiap individu wajar mengambil langkah pencegahan.


*Tanda - tanda dan gejala

*Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

*Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya

*Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan

*Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan

*Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.

*Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit

*Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).

*Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

ASaL keTurUnaN NaMa eLecTric

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris. Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat. "Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu ) Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Monday, February 21, 2011

Budi PeremPuan JEliTA

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Sunday, February 20, 2011

LiriK LagU KalaU BerpaCaraN(Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Saturday, February 19, 2011

CErITA LUCu GaJAH MatI

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

mMenaikKan TraFfic BloG anDa

My Ping in TotalPing.com

Mp3 (MahU DenGaR Sila TeKaN)